Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

5) PETANI / PESAWAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi dan program mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan para pesawah?

    Terdapat beberapa strategi atau program yang boleh menambah pendapatan
    petani/pesawah adalah seperti berikut:
    1) Program pengurusan jerami padi di mana petani menjual jerami padi kepada
    pengusaha ‘bale’, yang akan menjual ‘bale’ tersebut untuk digunakan sebagai
    makanan ternakan.
    2) Penghasilan vermikompos di mana penggunaan jerami padi sebagai bahan utama
    dalam menghasilkan kompos dari proses penguraian oleh cacing. Program ini
    membantu petani dalam menambah pendapatan hasil penjualan baja organik yang
    dihasilkan tersebut.
    3) Galakan penanaman sayur di keliling rumah di bawah program bumi hijau supaya
    dapat mengurangkan perbelanjaan isi rumah serta member pendapatan sampingan
    hasil jualan.
    4) Penglibatan dalam industri asas tani di mana menggunakan jerami padi sebagai
    medium untuk penghasilan kraf tangan, selain itu penggunaan jerami padi sebagai
    medium untuk mengusahakan tanaman cendawan.

Lampiran

Tiada Lampiran.