Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

197) PEWARTAAN BUKIT SUNGAI PUTIH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah mewartakan kesemua Bukit Sungai Putih dengan cerun kelas 4 sebagai rizab hutan?

    Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah mewartakan ke semua kawasan  Hutan Simpanan Kekal di Bukit Sungai Puteh yang terbahagi kepada dua (2) kawasan Hutan Simpan iaitu HS Bukit Sungai Puteh (Utara) dan HS Bukit Sungai Puteh (Selatan) dengan keluasan HS Bukit Sungai Puteh (Utara) adalah

    61.18 ha dan 34.77 ha bagi HS Bukit Sungai Puteh (Selatan) yang meliputi jumlah keseluruhan 95.95 ha. JPNS telah membuat semakan disekitar kawasan Bukit Sungai Seputeh dan mendapati tiada cerun Kelas 4 disekitar kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.