Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

74) PEWARTAAN SEBAGAI TANAH RIBI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status penukaran kegunaan tanah tadika di sebelah Kuil Guan di Sunway di PJS 7 daripada tanah tadika kepada tanah RIBI di peringkat MPSJ, State Planning Committee dan Pejabat Tanah?

    Y.A.B Dato’ Menteri Besar telah meluluskan permohonan ini pada 14 Februari 2020. Kini Bahagian Undang-Undang PTGS sedang dalam proses pengeluaran Warta Kerajaan.

    Pejabat Daerah dan Tanah Petaling telah mengemukakan permohonan untuk merizabkan tapak ini sebagai tapak Rumah Ibadat Selain Islam (RIBI) ke Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) pada 11 Disember 2019 bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.