Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

65) PEWARTAAN SEBAGAI TANAH RIBI

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status penukaran kegunaan tanah tadika di sebelah Kuil Guan Di di Sunway PJS 7 kepada tanah tadika kepada tanah RIBI?

    Dimaklumkan tanah tadika di sebelah Kuil Guan Di yang dimaksudkan telah diluluskan perizaban tanah di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara bagi tujuan tapak Rumah Ibadat Selain Islam pada 14 Februari 2020. Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pegawai Pengawal dan diselenggara oleh Persatuan Pengurusan Rumah Berhala Guan-Di. Proses penyiaran warta dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor sedang dalam tindakan

Lampiran

Tiada Lampiran.