Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

23) PEWARTAAN TANAH JETI-JETI NELAYAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Selangor akan memulakan proses pewartaan tanah bagi kesemua 52 tanah jeti nelayan di Negeri Selangor?

    PEJABAT DAERAH / TANAH KLANG

    Pada masa ini Pejabat Daerah/Tanah Klang tidak menerima sebarang permohonan yang melibatkan perwartaan tanah jeti nelayan.

    PEjABAT DAERAH / TANAH SEPANG

    Setakat ini tiada permohonan pewartaan jeti nelayan diterima oleh Pejabat Daerah/Tanah Sepang daripada mana-mana pihak.

    Proses pewartaan tanah Kerajaan untuk tujuan awam tertentu termasuk jeti nelayan hanya akan dimulakan setelah permohonan lengkap (termasuk pelan pra-perhitungan) diterima daripada agensi peminta.

    PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT

    Walau bagaimanapun, setakat ini tiada permohonan pewartaan jeti nelayan diterima oleh Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat daripada mana-mana pihak.

    PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

    Bagi Daerah Kuala Selangor, terdapat dua (2) kawasan jeti yang sedang dalam proses pewartaan. Kawasan yang terlibat adalah seperti berikut;

    PT 2425 – Permohonan pewartaan di atas tanah Kerajaan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara seluas 10435 meter persegi (1.0435 Hektar) bagi tujuan Tapak Jeti Cawangan Perlindungan Sumber dan Bot-Bot Tahanan Perikanan di Bandar Kuala Selangor, dan

    Lot 29896 – Permohonan Perizaban bagi tujuan pewartaan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara seluas 5764 meter persegi bagi tujuan Tapak Jeti Pendaratan Ikan di Sg. Sembilang, Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor.

    PEJABAT DAERAH / TANAH SABAK BERNAM

    Bagi Daerah Sabak Bernam, terdapat enam kawasan jeti / bagan yang telah dikenalpasti untuk pewartaan. Lokasi tersebut adalah di Bagan Sekinchan, Bagan Sungai Besar, Bagan Sungai Burung, Bagan Sungai Lang, Bagan Parit Baru dan Bagan Sungai Pulai.

    Namun sehingga kini, hanya Bagan Sekinchan yang telah diluluskan pewartaan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara oleh Y.A.B Menteri Besar pada 15 Mac 2017. Permohonan Ukur telah dihantar kepada JUPEM pada 11 Julai 2017. Proses pewartaan hanya dapat diselesaikan selepas Pelan Warta (PW) diperolehi. Kawasan-kawasan lain yang dinyatakan sedang dalam proses penyediaan Pelan Pra Hitungan sebelum permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dan Pewartaan dikemukakan ke Pejabat ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.