Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

40) PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan maklumat terperinci PBT yang mengalami defisit dalam Belanjawan 2007 dan 2008 (jumlah hasil, jumlah kos, jumlah defisit, punca defisit) dan apakah langkahlangkah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengatasi keadaan defisit belanjawan PBT?

    Maklumat terperinci PBT belanjawan PBT 2007 dan 2008 dilampirkan di lampiran1 .
    Kerajaan Negeri telah menggariskan belanjawan berhemah dan berimbang. Dalam
    usaha membantu PBT, Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk
    pemberian Caruman Membantu Kadar dan pembiayaan projek-projek pembangunan. Di
    samping itu Kerajaan Negeri juga ada menyalurkan bantuan peruntukan kewangan
    secara terus melalui kelulusan permohonan yang dikemukakan oleh PBT kepada
    Perbendaharaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.