Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

116) PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar-dasar baharu PBT selepas PRU14?

    Antara dasar-dasar baharu PBT termasuk memperkasa golongan wanita dan NGO di mana perlantikan Ahli Majlis di kalangan wanita mencapai sebanyak 23% (65 orang) manakala pelantikan daripada kalangan NGO tidak melebihi 32% (89 orang).

    Kerajaan Negeri juga mengambil inisiatif untuk meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran PBT di mana setiap ahli mesyuarat dalam jawatankuasa OSC, tender dan sebut harga perlu mengemukakan pengisytiharaan kepentingan terhadap mana-mana agenda mesyuarat yang berkenaan bagi memastikan tiada conflit of interest dan penyelewengan yang berlaku di kalangan ahli-ahli majlis di PBT. Selain itu, Kerajaan Negeri juga bercadang supaya setiap PBT mengambil pendekatan inklusif yang melibatkan komuniti setempat dalam menyediakan sesuatu dasar PBT di mana para komuniti digalakkan untuk turut serta dalam pemberian input dan pandangan mereka.

    Di samping itu, satu lagi pembaharuan dasar yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri adalah pengambilalihan urusan kutipan sampah dan pembersihan awam oleh GLC Kerajaan Negeri Selangor, iaitu KDEB Waste Management. Proses pengambilalihan tersebut sedang dijalankan secara berperingkat di mana sebanyak enam (6) PBT telah diambil alih oleh KDEB iaitu MBPJ, MPK, MPAJ, MPS, MPKj, dan MDKL.

    Kerajaan Negeri juga akan memperluaskan penggunaan Aplikasi Tempat Letak Kereta sejajar dengan pembangunan Smart State Selangor untuk melahirkan sebuah negeri yang bebas daripada paperless dan cashless.

Lampiran

Tiada Lampiran.