Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

39) PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah cara kempen bagi menggalakkan program kitar semula supaya program ini benar-benar berkesan di semua PBT?

    Bagi menggalakkan program kitar semula dapat dilaksanakan dengan berkesan, ia perlu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai sumber seperti penduduk/ NGO/ Agensi swasta/ sekolah dan pelbagai agensi yang lain. Program kitar semula ini juga dipergiatkan di peringkat sekolah kerana generasi muda ini mudah dibentuk dalam amalan kitar semula dan mereka adalah penyambung kepada generasi akan datang dalam amalan kitar semula bahan domestik ataupun minyak masak terpakai. Selain itu pihak PBT juga telah melaksanakan pelbagai program bagi menggalakkan program kitar semula seperti berikut:

    • Mengadakan pertandingan kitar semula di antara sekolah
    • Mengadakan pertandingan kitar semula di peringkat
    • Mengadakan pameran dan ceramah di peringkat sekolah dan
    • Menawarkan ganjaran kepada penduduk yang aktif menjalankan aktiviti kitar semula melalui program ‘Recycle & Rewards’
    • Mengadakan pusat kitar semula untuk kemudahan
    • Menawarkan perkhidmatan pengambilan bahan kitar semula dari rumah ke rumah.
    • Menggunakan pelbagai media hebahan bagi tujuan promosi program seperti laman web, buletin, bahan-bahan cetak (pamplet, banner dan lain-lain) dan media

Lampiran

Tiada Lampiran.