Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

70) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah PBT-PBT bermakna untuk membuat keuntungan daripada pemilikan dan penyewaan harta, perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatanperkhidmatan lain terutamanya apabila tujuan PBT adalah berdasarkan pemberian perkhidmatan dan bukan pusat keuntungan?

    Objektif utama penubuhan PBT adalah untuk menyediakan perkhidmatan serta kemudahan –kemudahan awam kepada semua penduduk di dalam kawasan pentadbirannya bagi meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan penduduk dan bukannya bertujuan untuk membuat keuntungan.

    Pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan adalah berasaskan tiga sumber iaitu hasil cukai ,hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil. Caj yang dikenakan ke atas sewaan harta seperti dewan, gelanggang dan sebagainya adalah termasuk dalam kategori hasil bukan cukai. Kenaan sewaan harta ini bukan untuk mendapatkan keuntungan, sebaliknya kos yang dikenakan bagi sewaan adalah sangat minimum. Caj yang minimum ini dikenakan untuk memastikan bangunan-bangunan kerajaan dapat di selenggara dan dijaga dengan baik. Setiap hasil yang dikutip oleh PBT seterusnya akan dikembalikan kepada rakyat dengan memberikan perkhidmatan seperti penyelenggaraan jalan dan bangunan, kutipan sampah, pembersihan longkang, pemotongan rumput dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.