Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

39) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PENGURUSAN SAMPAH)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah bentuk rancangan kerajaan bagi meningkatkan pengurusan kutipan dan pelupusan sampah yang lebih berkesan dalam jangka pendek dan jangka panjang?

    Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa memandang serius mengenai masalah sampah. Sehubungan itu pelbagai rancangan telah dikenalpasti supaya kecekapan pengurusan kutipan sampah dan pelupusan sampah dapat ditingkatkan. Antara contoh rancangan jangka pendek yang telah dijalankan ialah PBT membuat pemantauan bulanan (Unit Tindakan Khas / Unit Flying Squad) bagi memastikan perkhidmatan kutipan dan pelupusan sampah dilaksanakan dengan teratur. Menyediakan pasukan khas ‘in-house’ bagi membuat kerja backup di kawasan kontraktor yang gagal memberikan perkhidmatan dengan baik, menyediakan logistik secara ‘in-house’ dan membuat rondaan di kawasan kontraktor kerja bagi membantu mengutip sampah yang dibuang oleh penduduk terutama di kawasan perniagaan dan membuat penambahan tong sampah di kawasan pusat bandar.

    Manakala rancangan jangka panjang yang telah dijalankan oleh PBT ialah mempertingkatkan “Kempen Kitar Semula” bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Contohnya di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), mereka sentiasa meningkatkan dan menggalakkan Program ‘3R’ (reuse, reduce, recycle) kepada semua pihak di semua peringkat punca bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal. Selain itu, ada PBT yang telah menambah jadual kutipan sampah saripada satu (1) kali sehari kepada dua (2) kali sehari di kawasan perniagaan contohnya di Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Lampiran

Tiada Lampiran.