Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

127) PILI BOMBA TIDAK BERFUNGSI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banyak pili bomba didapati tidak berfungsi di kawasan Pandamaran. Ini telah mengakibatkan kerisauan penduduk rumah papan. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Selangor untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membaikpulih pili bomba?

    Jumlah pili bomba dibawah jagaan Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang mengikut rekod keseluruhannya adalah sebanyak 3175 buah pili bomba dan pemeriksaan pili bomba dilaksanakan setahun 2 kali. Manakala di kawasan Pandamaran mengikut rekod adalah sebanyak 353 buah pili bomba.

    Terdapat 2 faktor masalah yang ada semasa permeriksaan pili bomba dilaksanakan dan menyebabkan pili bomba tidak boleh berfungsi seperti berikut :

    • Vandalisme;
    • Kesedaran orang awam terhadap pili bomba; iii). Kerosakan dan kehilangan peralatan seperti:-
      • Kehilangan peralatan sepeti outlet, blank cap, spindle valve dan penutup chamber
      • Pili bomba dilanggar kenderaan dan lori
      • Dijadikan tempat parkir kenderaan dan lori
      • Dijadikan tempat buangan

    Sekiranya terdapat masalah pili bomba semasa membuat pemeriksaan, tindakan akan diambil dengan menghantar laporan untuk penyelenggaran dan baikpulih pili bomba ke Bahagian Operasi, Ibupejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya.

    Bagi laporan kerosakan pili bomba kawasan Pandamaran seperti berikut:

    • Jalan Binjai Pandamaran ii). Jalan Lai Pandamaran
    • Jalan Letchumanan Pandamaran

    Pada tahun 2017, Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bersama dengan JKKK Pandamaran telah mengadakan Program Teman Pili Bomba bagi memberi kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya fungsi pili bomba  bila belaku kebakaran.

    (Jawapan diperolehi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pelabuhan Klang)

Lampiran

Tiada Lampiran.