Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

94) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dewan Undangan Negeri telah pun meluluskan usul Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Apakah tindakan yang telah dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat ini.

    Demi merealisasikan matlamat ini Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap
    Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan telah melantik satu pasukan penyelidik
    yang terdiri daripada Peguam, Ahli Akademik dan NGO untuk melaksanakan kajian
    bagi melaksanakan Pilihan raya Kerajaan Tempatan. Kajian ini telah dibentangkan
    kepada Kerajaan Negeri. Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pasukan
    penyelidik ini untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.