Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

145) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status perlaksanaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan sepertimana yang dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor 2013?

     

    Pilihan raya Kerajaan Tempatan tidak dapat dilaksanakan buat masa ini memandangkan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor masih tertakluk di Bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang secara jelasnya dinyatakan bahawa Pilihan Raya Kerajaan Tempatan adalah tidak dibenarkan. Kekangan undang-undang ini tercatat di bawah seksyen 15(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

    Berdasarkan hal ini, Kerajaan Negeri perlu mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan bahawa enakmen pilihan raya kerajaan tempatan yang diluluskan oleh Kerajaan Pulau Pinang pada 2012 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dibenarkan untuk mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan.

     

    Oleh yang demikian, bagi menjayakan pelaksanaan Pilihan raya Kerajaan Tempatan, pindaan kepada seksyen 15 Akta 171 ini perlu dibuat di peringkat Parlimen.

     

    Sekiranya pindaan kepada seksyen 15 Akta 171 berjaya dilaksanakan, Kerajaan Negeri komited Pilihan raya Kerajaan Tempatan dapat dilaksanakan seperti yang telah dijanjikan sungguhpun ia kelihatan sukar akibat kekangan sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.