Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

193) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN SEBELUM 1965

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan pilihanraya kerajaan tempatan yang diadakan di Selangor (termasuk Kuala Lumpur) sebelum ianya dibekukan pada tahun 1965.

    Maklumat terperinci berkenaan pilihanraya kerajaan tempatan yang diadakan di Selangor (termasuk Kuala Lumpur) sebelum ianya dibekukan pada tahun 1965 telah dirujuk ke Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan namun sehingga kini maklumat tersebut masih belum diperolehi kerana pihak berkenaan turut merujuk kepada pihak Arkib.

    Walau bagaimanapun, merujuk kepada sejarah pilihanraya kerajaan tempatan melalui penulisan Dr Goh Ban Lee, pengalaman pertama di dalam proses pemilihan perwakilan di dalam kerajaan adalah pada tahun 1857 di Pulau Pinang. Para pembayar cukai telah memilih tiga (3) daripada lima (5) Pesuruhjaya Perbandaran untuk George Town. Pilihan raya yang serupa telah diadakan di Melaka namun ianya diisytiharkan tidak sah kerana kurang pengundi dan sikap acuh tidak acuh di kalangan masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.