Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

115) PILIHANRAYA PBT PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk melaksanakan pilihan raya umum untuk ahli Majlis PBT yang dilaung-Iaungkanoleh kerajaan pakatan rakyat. Bilakah ia akan disahlakukan. Sila memberi penjelasan

    Setakat ini Kerajaan Negeri belum menetapkan jadual waktu tertentu untuk
    memulihkan pilihan raya Kerajaan Tempatan memandangkan terdapat halangan undang-undang seperti yang terkandung dalam Seksyen15(1) Akta 171 yang menerangkan seperti berikut:

    Walau apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, semua peruntukan-peruntukan berhubungan dengan pilihan raya kerajaan tempatan hendaklah terhenti berkuat kuasa atau mempunyai kesan.

    Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri akan berbincang dengan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mencadangkan supaya Akta tersebut dipinda bagi membolehkan pilihan raya Kerajaan Tempatan dapat diadakan kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.