Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

33) PILIHANRAYA PENGERUSI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sama ada pilihanraya ketua kampung di Kampung Bagan di Pulau Ketam, Kampung Baru Sungai Jarom dan Kampung Baru Pandamaran akan dijalankan pada tahun ini? Sekiranya ya, bila diadakan?

    Projek Perintis Pemilihan Pengerusi JKKK Kg Baru/ Bagan/ Tersusun Negeri Selangor di tiga (3) buah kampung iaitu Kampung Baru Sungai Jarum, Kampung Baru Pandamaran dan Kampung Bagan Pulau Ketam telah diadakan pada September tahun 2013 dan keputusan pemilihan telah disahkan oleh Kerajaan Negeri pada 23 Oktober 2013. Perkhidmatan ketiga-tiga ketua kampung tersebut telah berkuat kuasa pada tarikh disahkan sehingga 22 Oktober 2017.

    Sehubungan itu, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru bercadang untuk mendapatkan persetujuan dan kelulusan Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar tempoh perkhidmatan kesemua ketua kampung JKKK Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun dilanjutkan sehingga Dewan Negeri (DUN) dibubarkan bagi tujuan Pilihan raya Umum (PRU) yang akan datang untuk memastikan tumpuan dan perkhidmatan kepada rakyat dapat diberikan dengan sepenuhnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.