Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

186) PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan YAB. DatoÕ Menteri Besar telah mengadakan Persidangan Dewan Luar Biasa untuk membuat pindaan Perlembagaan Negeri Selangor mengenai kuasa pelantikan jawatan SUK. Cadangan pindaan tidak diluluskan oleh dewan kerana tidak mempunyai kuorum yang cukup. Sebagai seorang pemimpin yang sentiasa menekankan prinsip CAT, kenapa YAB. Tan Sri tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berikutan kegagalan meminda perlembagaan negeri ?

    1. Sidang Dewan yang diadakan pada 24 Januari 2011 bukan sidang dewan khas tetapi sidang dewan menurut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan. Kegagalan PR meminda perlembagaan adalah kerana tidak mempunyai undi 2/3 Dewan. ini menunjukkan wakil rakyat BN Selangor tidak memandang kepentingan negeri sebagai sesuatu yang perlu dipertahankan.  kuasa Negeri telah diambil secara paksa oleh Persekutuan dan peluang untuk mengembalikannya telah disia-siakan oleh UMNO. tiada kena mengena sama ada saya perlu meletakkan jawatan kerana tiada peruntukan di dalam Undang-undang Tubuh bahawa MB perlu mendapat sokongan 2/3

Lampiran

Tiada Lampiran.