Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

220) PINDAH MILIK SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Laporan Ketua Audit Negara 2012 Negeri Selangor menyatakan SFV akan dipindahkan/diusahakan sepenuhnya kepada/oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dari Selangor Oil Palm Industries Corporation Sdn. Bhd. (SOPIC)pada tahun 2015. Bertanya kepada Y.A.B. DatoÕ Menteri Besar: a) Apakah sebab utama PKPS mahu mengambil alih dari SOPIC? b) Apakah perancangan PKPS selepas mengambil alih SFV?

    Jemaah Ahli PKPS telah membuat keputusan untuk menutup SOPIC berkuat kuasa pada 1 September 2013 dan PKPS mengambil alih semua aset dan liabiliti syarikat selaras dengan ‘exercise’ penyusunan semula aktiviti PKPS dan syarikat-syarikat subsidiarinya yang telah dimulakan pada tahun 2010. Lanjutan daripada keputusan tersebut maka projek ‘Selangor Fruits Valley’ (SFV) telah diambil alih oleh PKPS pada 1 September

     

    SOPIC sebenarnya merupakan sebuah syarikat yang wujud tanpa ada seorang kakitangan pun. Ini adalah kerana, pada tahun 2009, semua kakitangan sedia ada SOPIC telah ditamatkan perkhidmatan mereka dan sebahagian daripada mereka ini telah ditawarkan untuk berkhidmat di syarikat subsidiari lain PKPS, iaitu PKPS Management Services Sdn. Bhd. (PMS).

     

    PMS merupakan sebuah syarikat yang diwujudkan khas untuk menguruskan semua aktiviti-aktiviti perladangan PKPS dan syarikat-syarikat subsidiarinya. Kakitangan PMS merupakan mereka yang berpengalaman dalam industri perladangan dan pernah berkhidmat dengan organisasi besar seperti Sime Darby, Guthrie, KL Kepong, Tradewind dan sebagainya.

     

    Memandangkan bahawa SOPIC telah menjadi tidak lagi relevan kerana semua aktivitinya kini diuruskan oleh PMS maka Jemaah Ahli PKPS telah membuat keputusan untuk menutup SOPIC.

Lampiran

Tiada Lampiran.