Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

179) PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERJUMLAH RM413 JUTA KEPADA KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pinjaman yang telah dibayar balik oleh KDEB kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan kadar bunga sebanyak 4%?

    Pinjaman sebanyak RM413.20 juta daripada Kerajaan Negeri kepada KDEB akan matang pada 28 November 2014. KDEB akan membuat pembayaran balik sebanyak RM5.0 juta pada 28 November 2014. Majlis Tindakan Negeri Selangor dalam mesyuaratnya bertarikh 13 November 2014 secara dasarnya telah meluluskan cadangan KDEB agar pembayaran balik baki pinjaman sebanyak RM408.2 juta berserta faedah akan ditangguhkan selama satu tahun sehingga 28 November 2015 bagi membolehkan KDEB meneruskan pelan pengambilalihan 100% kepentingan ekuiti di dalam KHSB. Sehingga 31 Oktober 2014, KDEB memegang 94.80% kepentingan ekuiti di dalam KHSB.

Lampiran

Tiada Lampiran.