Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

15) PINJAMAN MIKRO KREDIT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila jelaskan kriteria pemohon yang layak menerima bantuan pinjaman mikro kredit Kerajaan Negeri. Di manakah pusat-pusat bagi menyerahkan permohonan pinjaman tersebut?

    Syarat – syarat kelayakan untuk memohon pinjaman mikrokredit adalah seperti
    berikut;
    i) Pendapatan isi rumah kurang dari RM1,500.00
    ii) Berumur tidak melebihi 65 tahun
    iii) Tidak memiliki aset yang melebihi RM50,000.00
    iv) Warganegara Malaysia dan telah bermastautin di Selangor selama 10 tahun
    v) Mempunyai rancangan perniagaan yang boleh menjana pendapatan
    Jenis-jenis pembiayaan modal dan tempoh bayaran balik yang dicadangkan:
    Pembiayaan Jumlah
    Pembiayaan (RM)
    Tempoh Bayar
    Balik (minggu) Keterangan
    Ehsan 2,000 – 3,000 48 Pembiayaan pertama peserta
    baru.
    Aman 3,001 – 5,000 96 – 144 Ditawarkan kepada peserta
    yang telah mengambil
    Pembiayaan Ehsan dan
    menunjukkan prestasi projek
    ekonomi yang cemerlang.
    Makmur 5,001 – 20,000 96 – 192 Pembiayaan untuk peserta
    yang berjaya mencapai tahap
    usahawan kecil dan
    sederhana.
    Pada masa ini Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sedang
    dalam proses menubuhkan sekretariat pinjaman mikro kredit ini. Sekretariat ini
    dijangka berfungsi sepenuhnya menjelang bulan Julai 2010. Ahli Yang Berhormat
    akan dimaklumkan tentang pusat – pusat penyerahan permohonan pinjaman ini
    apabila ia telah beroperasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.