Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

106) PINJAMAN PENDIDIKAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila jelaskan kriteria serta proses pinjaman pendidikan pelajar bagi IPT milik Kerajaan Negeri.

    Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) telah ditubuhkan
    pada tahun 1987 berpandukan kepada “State of Selangor Enactment No. 4 of 1949”
    (Enakmen Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 1949 (Pindaan
    2001)). Berdasarkan enakmen tersebut, peruntukan tahunan TKWBNS adalah di
    bawah pembiayaan Kerajaan Negeri.
    TKWBNS mempunyai dua (2) jenis tabung yang memberi kemudahan pinjaman
    pelajaran kepada anak-anak Negeri Selangor dan mereka yang layak setelah
    dipertimbangkan oleh Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
    (LTKWBNS). Bentuk tabung pinjaman yang disediakan adalah seperti berikut:
    (i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
    Tabung ini menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran untuk pelajar-pelajar
    yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara, sama ada
    IPT Awam/ IPT Swasta (IPTA/ IPTS) termasuk IPT milik Kerajaan Negeri bagi
    pengajian di peringkat Sijil/ Diploma/ Ijazah.
    (ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir (Fast Track) Negeri Selangor
    Tabung ini menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran kepada pelajarpelajar yang menuntut di IPTS, termasuk IPT milik Kerajaan Negeri bagi
    kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang teknikal dan kemahiran di
    peringkat Sijil.
    Syarat-syarat kelayakan permohonan pinjaman yang telah ditetapkan berdasarkan
    Enakmen TKWBNS adalah seperti berikut:
    (i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    (ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    (i) Pemohon lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
    (ii) Pemohon telah bermastautin lebih dari 5 (lima) tahun di Negeri Selangor.
    Permohonan bagi pinjaman pelajaran TKWBNS tersebut boleh dibuat bermula dari
    tarikh makluman iklan tawaran dibuka yang disiarkan melalui akhbar-akhbar utama
    tempatan atau melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor:
    http://www.selangor.gov.my, setiap dua (2) kali setahun.

    Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Kerajaan
    Negeri Selangor yang berharga RM3.00. Borang permohonan rasmi tersebut boleh
    diperolehi melalui:
    (i) Kaunter: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa &
    Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor; atau
    (ii) Pos: Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm x 23 cm yang dilekatkan
    dengan setem 50 sen beralamat sendiri berserta wang pos/ money order
    bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri
    Selangor kepada Urus Setia LTKWBNS.
    Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urus Setia
    LTKWBNS sebelum tarikh tutup permohonan untuk diproses.

Lampiran

Tiada Lampiran.