Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

138) PINJAMAN PERUMAHAN RAKYAT BUKIT BOTAK (PPRBB)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini peminjam bagi PPRBB melalui Maybank Shah Alam yang bermasalah?

    PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR

     Perjanjian ”Rumah Selangorku” di antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Maybank Islamic Berhad telah ditandatangani pada 27 Ogos 2015. Sebanyak 120 nama peserta Bukit Botak (Taman Selayang Mutiara) telah dikemukakan kepada Maybank Islamic Berhad Shah Alam melalui pejabat Y.B. EXCO (Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani). Pada 16 dan 17 Mac 2015, pihak Maybank telah memanggil peserta- peserta tersebut untuk menyertai tawaran skim pinjaman ini di Maybank Shah Alam. Daripada seramai 120 permohonan, sebanyak 77 pemohon (64%) telah dikenalpasti lulus pada dasarnya. Pihak Maybank dalam peringkat terakhir proses mengeluarkan surat tawaran kepada pemohon-pemohon yang berjaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.