Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

80) PINJAMAN PTPTN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah reaksi dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap tindakan flip flop Pengerusi PTPTN yang mengumumkan pembukuan pinjaman PTPTN kepada mahasiswa UNISEL tetapi menarik balik pembukuan itu secara tergesa-gesa apabila dicemuh oleh banyak pihak ?

    Kerajaan Negeri telah bersedia menyediakan kemudahan kewangan kepada para pelajar UNISEL sekiranya pembekuan tersebut dilaksanakan. Namun pembekuan tersebut telah ditarik balik sebelum bantuan Kerajaan Negeri disalurkan kepada pelajar UNISEL.

    Kerajaan Negeri mengecam tindakan tidak professional Menteri Pengajian Tinggi, bukan Pengerusi PTPTN yang mengumumkan pembekuan PTPTN, yang disokong oleh dua orang menteri iaitu Timbalan Perdana Menteri dan Dato’ Seri Noh Omar. Tindakan UNISEL mengeluarkan UNISEL, KUIS daripada senarai IPT yang layak menerima pinjaman PTPTN telah menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk ibu bapa yang bukan daripada kalangan penyokong Pakatan Rakyat bahkan daripada UMNO-BN.

    Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mengutamakan keperluan dan kebajikan semua rakyat terutama sekali golongan bakal modal insan di IPT dan ibu bapa mereka yang terganggu dengan pengumuman menggemparkan seorang menteri dalam Kerajaan yang melaungkan rakyat diutamakan yang dikejutkan dengan penafian pelajar UNISEL dan KUIS yang mempunyai hak yang sama rata dengan pelajar di mana-mana IPT yang lain di Malaysia sama ada IPTA/IPTS, sama ada dalam negeri bawah pemerintahan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Ini adalah hak asasi seorang rakyat bergelar mahasiswa.

    Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan pantas untuk menangani krisis yang mahu dicetuskan oleh pihak yang sepatutnya menjadi pemudahcara kepada proses pengajian dan pembelajaran siswa-siswi UNISEL dan KUIS iaitu Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Pelajaran.

    Seperti yang semua ahli Yang Berhormat sedia maklum, Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar telah mengumumkan akan mencairkan aset bernilai RM 30 juta sebagai langkah jangka pendek untuk menampung keperluan kewangan pelajar UNISEL yang berjumlah lebih 1,000 orang.

    Ini adalah bagi memastikan kemasukan baru mahasiswa-mahasiswi UNISEL berjalan lancar . Bilangan 1,000 orang yang dicatatkan merupakan kemasukan yang amat tinggi berbanding masa yang sama pada tahun-tahun sebelum ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.