Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

200) PINJAMAN RM80 JUTA KEPADA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pinjaman RM80 juta telah diberi kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi pengambilan tanah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk tujuan Pembangunan Projek Datum In-City. Apakah perkembangan terkini pengambilalihan ini dan adakah PKNS mula membayar balik kepada kerajaan negeri?

    PKNS telah memperolehi hakmilik tanah pada 4 September 2014 tersebut dan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada 15 September 2014. Pembinaan 2 blok bangunan akan dilaksanakan secara berfasa iaitu Blok 1 dijangka akan siap pada pertengahan 2016 dan Blok 2 pada akhir 2016.

    PKNS telah pun menerima pinjaman daripada kerajaan negeri sebanyak RM80 juta pada 19 September 2014. Pembiayaan jangka pendek ini adalah selama lima (5) tahun sehingga 2019 dengan caj pembiayaan dikenakan pada kadar 4% setahun. Bayaran akan dibuat secara berperingkat RM16 juta setahun mulai 2015.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.