Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

356) PINJAMAN SEBANYAK RM 423 JUTA KEPADA KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pinjaman RM 423 juta kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) telah diluluskan pada tahun 2013. Apakah perkembangan terkini pengambilalihan ini dan adakah KDEB telah mula membayar balik kepada kerajaan negeri?

    1. Jumlah pinjaman sebenar daripada Kerajaan Negeri kepada KDEB bagi pengambilalihan KHSB adalah sebanyak RM413.20 juta dan bukan RM423

     

    Berkenaan perkembangan terkini pengambilalihan KHSB, sehingga 31 Oktober 2014 KDEB telah mengambil alih 94.80% pegangan saham KHSB. KDEB masih lagi meneruskan objektifnya untuk mengambil alih 100% kepentingan di dalam KHSB. Setelah pemilikan 100% ekuiti KHSB berjaya dilakukan, KDEB akan lebih mudah untuk melaksanakan rancangan rasionalisasi dan penyusunan semula perniagaan, operasi, serta aset-aset milik KHSB.

     

    Pada 13 November 2014, KDEB telah membentangkan cadangan penangguhan dan penyelesaian pinjaman Kerajaan Negeri sebanyak RM413.20 juta kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (“MTES”) yang mana cadangan adalah seperti berikut:-

     

    1. Pembayaran balik pinjaman sebanyak RM5.0 juta oleh KDEB pada 28 November 2014; dan

     

    1. Pembayaran balik baki pinjaman sebanyak RM408.2 juta berserta faedah akan ditangguhkan selama satu tahun sehingga 28 November 2015. Ini bagi membolehkan KDEB meneruskan pelan pengambilalihan 100% kepentingan ekuiti di dalam

     

    Berikutan daripada pembentangan tersebut, MTES secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan penangguhan dan penyelesaian pinjaman sebanyak RM413.20 juta seperti di atas.

     

    Pembayaran balik baki pinjaman akan diselesaikan melalui opsyen-opsyen berikut (berdasarkan yang mana lebih awal):-

     

    (a)    Opsyen 1:-

    Penyelesaian baki pinjaman sebanyak RM408.2 juta berserta faedah melalui terbitan RULS pada Oktober 2015 selepas selesai pengambilalihan 100% saham di dalam KHSB.

     

    ATAU

     

    • Opsyen 2:-

    Penyelesaian baki pinjaman RM408.2 juta berserta faedah berserta melalui hasil penjualan 100% saham KHSB kepada syarikat berkaitan kerajaan negeri dalam sektor hartanah.

     

    Bagi mengurangkan risiko KNS berkenaan pembayaran balik pinjaman, KDEB telah mencadangkan kepada MTES untuk mencagarkan baki saham-saham KHSB yang bebas dari cagaran sebanyak 371,502,285 unit saham iaitu bersamaan 82.56% ekuiti saham di dalam KHSB sebagai sekuriti kepada pinjaman dari KNS. Berikutan itu, KNS akan mempunyai cagaran bernilai RM297.2 juta berdasarkan nilai aset sesaham (“net assets per share”) KHSB sebanyak RM0.80 sesaham pada 31 Disember 2013 iaitu bersamaan 72% daripada nilai baki pinjaman.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.