Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

135) PKFZ

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam PKFZ sekiranya projek ini diambil alih oleh kerajaan Selangor?

    Kerajaan Negeri boleh menjadikan PKFZ pemangkin pembangunan industri di kawasan tersebut. Kita boleh menggabungkan peranan pelabur tempatan dan luar bagi menyumbang terhadap peranan PKFZ.

    Saya bersedia menyumbang pengalaman saya sebagai bekas Pengerusi Kontena Nasional yang mengambil alih penswastaan Pelabuhan Klang dan mentadbir Pelabuhan Utara selama beberapa tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.