Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

86) PKNS ADALAH PUSAT PERNIAGAAN BUMIPUTRA YANG TERAWAL DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan Kompleks PKNS terus relevan sebagai pusat perniagaan bumiputra?

    PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) sentiasa memastikan Kompleks PKNS Shah Alam (KPSA) membantu dan menyokong peniaga-peniaga bumiputera dan juga kekal relevan kepada pengunjung-pengunjung yang datang. Antara inisiatif dan usaha berterusan yang dijalankan ialah:

    • Pengekalan nisbah peratus bumiputera di KPSA sebanyak 85% sehingga kini.
    • Pengubahsuaian Tempat Orang Lokal (T.O.L.) di lot yang sebelumnya dimiliki oleh penyewa yang bertaraf bukan bumiputera iaitu Seri Kota. O.L. memuatkan 35 lot niaga yang dihuni oleh penyewa-penyewa bumiputera sahaja dan kini penyewaan diuruskan oleh Hijrah Selangor bagi menawarkan lot niaga jangka pendek kepada peniaga-peniaga di bawah seliaan mereka.
    • Penganjuran “Promosi Bulanan” di ruang-ruang promosi KPSA yang hanya ditawarkan kepada penyewa-penyewa bumiputera di KPSA sahaja untuk membantu melonjakkan jualan masing-masing pada setiap
    • Penawaran tapak niaga di ruang promosi pada kadar berpatutan untuk penyewa-penyewa bumiputera di KPSA sahaja untuk Festival Ramadhan Selangor (FESTIRA) yang mampu mengundang kunjungan tidak kurang daripada 20,000 pengunjung FESTIRA juga adalah salah satu bukti bahawa KPSA adalah tumpuan pengunjung bumiputera untuk membuat persediaan berhari raya.
    • Penawaran tapak niaga kepada peniaga-peniaga bumiputera bagi menggantikan lot-lot yang disewa oleh bukan bumiputera seperti sebahagian Pasaraya Sri Kota kepada Restoran Nasi Vanggey dan K3K Bentakaya kepada Kedai
    • Bagi pengunjung pula, 40% daripada produk yang ditawarkan di KPSA merupakan pakaian muslimah dan peralatan ibadah sejajar dengan demografik pengunjung di KPSA yang majoriti terdiri daripada
    • Penganjuran khas program CSR “Kasih Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor” yang dianjurkan oleh PKNS dan KPSA dengan menawarkan sebanyak 80-90 tapak niaga di ruang promosi pada harga minima selama 14 hari sebanyak 4 kali setahun untuk peniaga-peniaga di bawah seliaan Hijrah Selangor dan Bahagian Pembangunan Usahawan
    • PREC juga dalam perancangan untuk memberi peluang kepada lebih ramai peniaga bumiputera untuk menyewa tapak perniagaan di “SACC WALK” pada kadar berpatutan pada setiap hujung

Lampiran

Tiada Lampiran.