PKPS LIVESTOCK FARM SDN BHD

33) PKPS LIVESTOCK FARM SDN BHD

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Syarikat PKPS Livestock Farm Sdn Bhd memfokuskan bidang penternakan lembu tenusu dan ayam daging. Nyatakan lokasi ladang dan bilangan ternakan kedua-dua haiwan tersebut tahun 2013-2014?

    Lokasi ladang adalah bertempat di Ladang PKPS Jelutong Jati, KM 41 Jalan Tanjong Malim / Sungai Besar, 44010 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul

    Ternakan Lembu Tenusu

    Bilangan ternakan lembu tenusu tahun 2013 -2014 adalah seperti berikut:

    Butiran 31 Disember 2013

    (ekor)

    Februari 2014

    (ekor)

    Lembu Induk Betina 208 279
    Lembu Induk Penjantan 4 10
    Anak Lembu Betina 124 97
    Anak Lembu Jantan 37 35
    Jumlah Keseluruhan 373 421
    Ternakan Ayam Daging

    Bilangan ternakan ayam daging adalah mengikut pusingan. Setiap tahun sebanyak 6 pusingan dapat dilaksanakan dimana setiap pusingan

    200,000 ekor. Dalam tempoh setahun sebanyak 1,200,000 ekor dapat dikeluarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.