Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

83) POHON GERAN KEKAL

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pemilik perumahan di Bandar Baru Bangi mendesak melalui ADUN agar hartanah mereka ditukar dari hakmilik selama 99 tahun kepada geran hak milik kekal. Apakah polisi pemilikan tanah di negeri Selangor.

    Dasar yang diamalkan oleh Pihak Berkuasa Negeri berhubung pemilikan tanah adalah
    selaras dengan Seksyen 76 kanun Tanah Negara. Bagi warganegara, syarat / polisi
    yang diamalkan selaras dengan peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Kanun
    Tanah Negara dan undang-undang lain yang berkuatkuasa. Manakala bagi
    warganegara asing, polisi yang ditetapkan oleh Foreign Investment Committee dan
    Seksyen 43B, Kanun Tanah Negara adalah digunapakai.

Lampiran

Tiada Lampiran.