Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

191) POKOK-POKOK BESAR, CONDONG DI LALUAN UTAMA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan untuk menebang pokok-pokok besar dan pokok-pokok kelapa yang condong ke arah jalan-jalan utama yang membahayakan pengguna lalulintas?

    Bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri, ianya di bawah bidang kuasa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Pokok-pokok kelapa kebiasannya merupakan pokok individu dan ditanam sendiri oleh penduduk. Justeru itu tanggungjawab penyelenggaraan perlu dilaksanakan sendiri oleh tuan tanah atau pemilik kediaman.

    PBT akan mengambil tindakan segera sekiranya terdapat mana-mana pokok yang condong di laluan utama bagi mengelakkan daripada kejadian pokok tumbang sewaktu hujan lebat.

Lampiran

Tiada Lampiran.