Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

58) POLIS BANTUAN MBPJ

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah keberkesanan pasukan polis bantuan yang dibentuk oleh MBPJ bagi menurunkan kadar jenayah dalam kawasan MBPJ dan berapakah jumlah peruntukkan yang digunakan untuk pelaksanaan pasukan polis bantuan tersebut?

    1. Keberkesanan pasukan polis bantuan yang dicadangkan oleh Majlis Bandar raya  Petaling Jaya belum dapat din9lai kerana masih belum dilaksanakan. Pihak majlis telah mengemukakan permohonan bagi mewujudkan Polis Bantuan pada 26 Februari 2009, namun demikian permohonan tersebut telah ditolak oleh pihak Polis  Diraja  Malaysia pada 15 Mac 2010. MBPJ telah pun menghantar rayuan semula bagi penubuhan Polis Bantuan tersebut kepada Kementerian Dalam

     

    Secara dasarnya cadangan penubuhan Polis Bantuan ini adalah untuk sama-sama membantu dan menyokong pihak PDRM dalam aspek keselamatan, seperti rondaan di kawasan perumahan, bagi mengurangkan kadar jenayah  khususnya  di  kawasan Petaling Jaya, bukan bertujuan untuk mengambil kuasa pihak polis. Peruntukan yang telah diluluskan bagi penubuhan Polis Bantuan tersebut adalah sebanyak RM4,239,050.00.

     

    Keadaan yang berlaku buat masa ini, penduduk cenderung mendirikan ‘boom-gate’ dengan pengawal keselamatan dan mengadakan ‘guarded community’ kerana  merasakan keadaan persekitaran mereka tidak selamat dan kejadian jenayah boleh berlaku pada bila-bila masa.

     

    Sehubungan itu, MBPJ telah mengusulkan penubuhan Polis Bantuan, yang mempunyai objektif seperti berikut:

     

    1. Untuk memberikan kuasa tambahan kepada Pihak Majlis di dalam menjaga harta benda miliknya dan sebagai membantu tugas-tugas penguatkuasaan yang dilaksanakan pada setiap
    2. Penubuhannya dipercayai dapat membantu dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan dan menjaga keselamatan orang
    • Melaksanakan secara berkesan rondaan keselamatan di bawah Program Bandar Selamat bersama pihak
    1. Mengawal dan membantu tugas-tugas eskot untuk operasi tertentu yang berisiko tinggi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.