Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

104) POLIS BANTUAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sudah sampai ke tahap manakah penubuhan Pasukan Polis Bantuan untuk Negeri Selangor ini?

    Setakat ini, hanya MBSA dan MBPJ merancang penubuhan Pasukan Polis Bantuan di Negeri Selangor. MBSA telah menghantar kertas kerja tentang penubuhan Pasukan Polis Bantuan MBSA kepada Kerajaan Negeri melalui SPBT untuk penelitian. Manakala MBPJ pula masih menunggu kelulusan daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selepas mengemukakan permohonan semula pada 19 Jun 2013, surat susulan juga telah dihantar pada 22 Januari 2014. Pada masa yang sama, pihak Majlis sedang melaksanakan program rondaan keselamatan bersama pihak PDRM. Kekerapan rondaan sebanyak 3 kali seminggu dan pihak Majlis sedang dalam proses menambah bilangan anggota seramai 50 orang bagi program

Lampiran

Tiada Lampiran.