Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

242) POLIS KOMUNITI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan peningkatan kadar jenayah semakin membimbangkan, adakah Kerajaan berniat untuk membantu memperluaskan pergerakan ÔPolis KomunitiÕ yang ditubuhkan oleh penduduk-penduduk setempat memandangkan mereka tidak menerima sebarang peruntukan daripada mana-mana pihak.

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan program Pasukan Keselamatan Kejiranan atau Polis Komuniti / Community Policing telah bermula pada bulan April 2013.

    Pasukan ini diwujudkan di semua Kampung Tradisi,Kampung

    Baru/Bagan/Tersusun dan Komuniti India di Negeri Selangor yang dipantau oleh Pejabat Daerah/Tanah mengikut kawasan masing-masing. Setiap JKKK diberikan peruntukan sebanyak RM5,000.00 setahun bagi pelaksanaan program ini. Di samping itu juga, PBT juga bekerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi memperluaskan pergerakan kawalan  keselamatan contohnya:-

    1. Memberi bantuan keanggotaan di dalam membuat rondaan keselamatan dan pencegahan jenayah.
    2. Rondaan dilakukan dikawasan hotspot kadar jenayah yang tinggi oleh pihak PDRM.
    3. Dua (2) orang wakil daripada Bahagian Penguatkuasaan yang akan dijadualkan untuk menyertai rondaan tersebut.
    4. Pihak MBSA juga mengadakan aktiviti kawalan keselamatan yang melibatkan kawasan pangsapuri yang telah disenaraikan sebagai kawasan hotspot kadar jenayah yang tinggi yang dikenali Program Skim Rondaan Keselamatan Dan Kejiranan Pangsapuri Negeri Selangor (SEROJA) yang mana ianya diselaraskan oleh Lembaga Perumahan & Harta Negeri Selangor (LPHS). Program ini akan diperluaskan lagi di lima (5) buah kawasan pangsapuri di MBSA.
    5. MBPJ juga telah memulakan program & rondaan keselamatan bermula 30 Julai 2013 dan pelancarannya  pada 25 September 2013. Program rondaan bersama PDRM Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah di kawasan pentadbiran Majlis dengan kekerapan rondaan 3 kali seminggu. Disamping itu juga, pihak Majlis melalui Program PJ Safe “Safety For All”. Manakala Program Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ) yang mana peruntukan sebanyak RM 5,000.00 setahun kepada Rukun Tetangga (RT), dan Persatuan Penduduk (RA). Pihak Majlis juga telah memperluaskan peruntukan kepada pihak Joint Management Body (JMB) bermula tahun 2014 melaksanakan pasukan Rondaan Keselamatan di kawasan mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.