Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

156) POLISI BERSIH KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. erajaan Negeri telah melancarkan kempen kebersihan peringkat negeri pada 11 Januari 2009 yang melibatkan semua PBT-PBT. Apakah tindakan lanjut dilakukan selepas pelancaran ini?

    Pelancaran Program Zon Bersih dilaksanakan adalah untuk menjadikan Negeri Selangor sebuah negeri yang paling bersih berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Setiap Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengenal pasti sekurang-kurangnya satu kawasan yang tahap kebersihannya amat kurang memuaskan dalam PBT untuk dijadikan sebagai Zon Bersih. PBT masing-masing perlu memastikan lokasi atau zon yang dipilih sentiasa dalam keadaan bersih dengan melibatkan penyertaan masyarakat bagi memupuk kesedaran dan budaya cintakan kebersihan. Pelaksanaan program ini adalah berpandukan ‘Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih’ sepenuhnya dan dipantau oleh Kerajaan Negeri.

     

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM100,000 kepada setiap PBT bagi tujuan pembelian tong sampah, pemasangan papan tanda, penyelenggaraan landskap, cat jalan (pavement marking) dan lain-lain keperluan bagi memastikan kawasan yang dipilih dapat meningkatkan tahap kebersihannya. PBT telah melantik Jawatankuasa Pemantau Zon Bersih yang diselaraskan oleh Jabatan tertentu bagi melihat kemajuan pelaksanaan program sekurang-kurangnya sebulan sekali dan laporan atau maklum balas pemantauan akan dihantar kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan pemantauan.

Lampiran

Tiada Lampiran.