Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

169) POLISI DAN SYARAT PERNIAGAAN DOBI LAYAN DIRI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan untuk menambahbaik polisi dan syarat perniagaan dobi layan diri berikutan insiden-insiden jenayah dan keselamatan yang berlaku?

    Kebelakangan ini kerap berlaku insiden jenayah dan keselamatan yang melibatkan premis dobi layan diri. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri sedang menimbangkan untuk mensyaratkan supaya pihak pengusaha perlu mendapatkan kelulusan pemeriksaan pihak Bomba pada setiap tahun terutamanya bagi pemeriksaan paip gas yang digunakan untuk mesin pengering pakaian (dryer) serta meningkatkan kawalan keselamatan dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) yang mencukupi di dalam premis perniagaan. Selain daripada itu pencahayaan premis dan masa operasi perniagaan akan turut diteliti agar dapat mengurangkan risiko insiden jenayah.

Lampiran

Tiada Lampiran.