Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

202) POLISI KEDAI DAN GERAI MAMPU MILIK

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah polisi Kerajaan Negeri untuk memastikan wujudnya kedai dan gerai mampu milik bagi menggalakkan perkembangan perniagaan kecil sederhana dan bilakah polisi ini dilaksanakan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Polisi/Dasar pengenaan Kedai Mampu Milik (Kedai Kos Rendah) telah mula diperkenalkan secara rasmi melalui Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor Edisi Pertama yang telah diluluskan pemakaiannya pada 6 Ogos 2006.

    Bagi pembangunan perniagaan yang mempunyai 50 unit kedai atau melebihi, disyaratkan perlu menyediakan 20% Kedai Mampu Milik. Harga jualan Kedai Mampu Milik pula ditetapkan pada kadar RM120,000 seunit. Manakala bagi pembangunan Kompleks Perniagaan disyaratkan perlu menyediakan 10% daripada keseluruhan ruang lantai bersih sebagai Kedai Mampu Milik dalam bentuk saiz lot kecil atau kiosk untuk disewa.

    Dasar ini diwujudkan untuk membantu peniaga kecil samaada memiliki premis perniagaan sendiri ataupun menyewa kiosk untuk mereka  memulakan perniagaan. Sebelum ini pemilihan pembeli adalah melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah namun bermula tahun 2010, senarai nama pembeli 100% adalah diperolehi daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Lampiran

Tiada Lampiran.