Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

29) POLISI PEMBANGUNAN ANAK MUDA

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah Dasar Belia Kerajaan Selangor membawa manfaat kepada Anak Muda Selangor?

    Dasar Pembangunan Belia Kerajaan Negeri Selangor kini memberi penumpuan yang jelas kepada membangunkan potensi supaya wujudnya penglibatan belia yang aktif di Negeri Selangor.  Kerajaan Negeri telah merangka Dasar Belia Selangor yang fokus kepada 10 teras iaitu seperti berikut :-

    • Keusahawanan dan Pekerjaan;
    • Kepimpinan dan Organisasi;
    • Teknologi Maklumat dan Komunikasi;
    • Kemasyarakatan;
    • Jaringan dan Kesukarelawanan;
    • Kebudayaan dan Kesenian;
    • Kesejahteraan dan Kesihatan;
    • Sukan dan Kecergasan;
    • Agama dan Spiritualiti ; dan
    • Pengantarabangsaan

    Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Penggerak Belia Tempatan (PeBT)  dalam  melahirkan kepimpinan belia yang berwibawa serta menjadi ejen perubahan kepada golongan belia di Negeri Selangor dan bertindak sebagai jentera pelaksana bagi pihak Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi.

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan akan memulakan satu inisiatif baru iaitu Sahabat Gen-S.

    Sahabat Gen-S yang akan diperkenalkan bertujuan untuk menarik penglibatan Generasi Muda terutamanya di Selangor dalam bentuk kesukarelawanan dan aktiviti kemasyarakatan selaras dengan Dasar Belia Selangor. Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk mendidik dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan generasi muda untuk sentiasa memberi khidmat kepada rakyat Selangor secara sukarela.

Lampiran

Tiada Lampiran.