Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

59) POLISI PERUMAHAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan nisbah peratusan kuota bumiputera dan bukan bumiputera untuk projek perumahan kos rendah, kos sederhana dan kos tinggi mengikut pecahan daerah bagi tahun 2007-2011.

    Untuk makluman Y.B, pada masa kini, kerajaan negeri menggunapakai ‘Blue Print’ Perumahan Negeri Selangor sebagai panduan dalam menetapkan nisbah peratusan kuota Bumiputera dan bukan Bumiputera untuk projek perumahan kos rendah, kos sederhana dan kos tinggi. ‘Blue Print’ Perumahan Negeri Selangor yang diwujudkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dihasilkan melalui satu kajian yang komprehensif dengan mengambilkira faktor penempatan penduduk, ekonomi semasa serta aktiviti sosial setempat disamping penganalisian terhadap kedapatan tanah- tanah berpotensi yang boleh dibangunkan.

    Oleh itu, pecahan peratusan kuota Bumiputera dan bukan Bumiputera sesebuah pembangunan itu adalah bersandarkan kepada ‘Blue Print’ Perumahan Negeri Selangor seperti berikut :

    Daerah Pecahan Penetapan Kuota Rumah (%)
       
    Kos Rendah Lain- lain Kos
       
    B BB B BB
           
    Gombak 40 – 60 50 – 60 30 – 40 40 – 60
    Hulu Langat 50 – 70 30 – 50 40 – 50 50 – 60
    Petaling 50 – 80 20 – 50 40 – 50 50 – 60
    Klang 50 – 80 20 – 40 40 – 50 50 – 60
    Sepang 50 – 70 30 – 50 30 – 50 50 – 70
    Kuala Langat 50 – 70 30 – 50 30 – 50 50 – 70
    Hulu Selangor 50 – 70 30 -50 30 – 50 50 – 70
    Kuala Selangor 40 – 60 40 – 60 30 – 40 60 – 70
    Sabak Bernam 40 – 70 30 – 60 40 – 60 40 – 60

    *Nota : B = Bumiputera,  BB = Bukan Bumiputera

Lampiran

Tiada Lampiran.