Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

9) POLISI PERUMAHAN UNTUK ‘HOMELESS’ DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Di Selangor masih terdapat masyarakat peneroka bandar "setinggan" dan miskin kota yang tidak memiliki rumah. Apakah polisi-polisi perumahan kerajaan negeri untuk mereka memiliki sebuah rumah?

    Dalam memastikan setiap rakyat di Negeri Selangor berpeluang memiliki sebuah rumah khususnya rumah kos rendah, Kerajaan Negeri telah menetapkan syarat-syarat permohonan memiliki rumah kos rendah bagi memastikan banya mereka yang benar- benar berkelayakan sahaja memiliki rumah kos rendah. syarat-syarat permohonan  rumah kos rendah di Negeri Selangor adalah seperti berikut :-

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 18 tahun ke atas
    • Bermastautin di Negeri Selangor

    Pendapatan isi rumah (suami/isteri) mestilah tidak melebihi RM2,500.00

     

    • Pertimbangan boleh diberikan kepada mereka mempunyai pendapatan melebihi RM2,500 sekiranya mempunyai tanggungan melebihi 5 orang

     

    • Pemohon bujang boleh memohon dengan pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan dan

     

    • Berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah (SPPR)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.