Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

186) POLISI PLASTIK DAN POLISTREN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk usahasama dan model program yang dilakukan kerajaan dengan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd di dalam membantu asnaf zakat keluar daripada kemiskinan?

    Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) bertanggungjawab membantu usahawan asnaf untuk keluar dari asnaf melalui bantuan modal perniagaan, latihan dan juga pemantauan sehingga mereka mampu untuk meningkat pendapatan dan seterusnya mencapai had kifayah untuk dikeluarkan daripada status asnaf fakir dan miskin.

    Terdapat beberapa bentuk usahasama antara TERAS dan juga Kerajaan Negeri melalui agensi yang berkaitan di bawahnya. Contohnya dengan HIJRAH Selangor. Bagi usahawan yang telah disahkan keluar asnaf fakir miskin, mereka akan disalurkan kepada HIJRAH Selangor bagi mendapatkan dana pinjaman untuk meluaskan lagi perniagaan. Selain itu TERAS juga telah beberapa kali bekerjasama dengan HIJRAH dan juga PKNS dalam memberikan ruang tapak perniagaan kepada usahawan asnaf untuk berniaga di PKNS dalam Program Kasih PKNS.

    Agensi kerajaan yang lain turut memberikan kerjasama dalam menjadi sumber rujukan TERAS dalam membangunkan usahawan asnaf di Selangor. Agensi berkenaan adalah seperti Jabatan Pertanian Sabak Bernam, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Jabatan Haiwan, Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya. Hal ini kerana TERAS membantu usahawan dalam bidang makanan, peruncitan, perkhidmatan, pertanian, perikanan dan juga penternakan.

    TERAS turut menganjurkan program Tranformasi Usahawan Asnaf (TUAS) setiap 2 Tahun. Dalam program berkenaan, TERAS telah menghimpunkan usahawan yang berpotensi untuk dikeluarkan pada tahun semasa,bekas usahawan asnaf yang telah berjaya keluar daripada asnaf fakir dan miskin, serta agensi yang berkaitan keusahawan seperti SSM, HIJRAH, AKPK, PUNB, MARA, TEKUN,dan lain-lain untuk sama-sama berkongsi info tentang bantuan serta pinjaman untuk asnaf membesarkan lagi perniagaan setelah mereka keluar daripada status asnaf fakir dan miskin.

    Selain itu, TERAS juga telah mendapat pengiktirafan sebagai Pusat Latihan Jahitan SLDN oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Oleh itu TERAS dapt menyediakan peluang latihan jahitan kepada asnaf Ffakir miskin bagi menjana pendapatan dan meningkatkan pendapatan melalui pengiktirafan Sikil Kemahiran Malaysia (SKM).

    Tambahan:

    Jumlah usahawan asnaf di bawah pemantauan TERAS

    • 2017 – 942 orang usahawan
    • 2018 – 1,114 orang usahawan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.