Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

347) POLISI TENDER TERENDAH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan peratusan projek-projek Kerajaan Negeri yang dapat disiapkan mengikut jadual berdasarkan polisi ini?

    1. Semakan terhadap rekod semasa projek-projek yang ditender pada tahun 2013- 2014 mendapati tiada projek Kerajaan Negeri yang dapat disiapkan mengikut jadual asal. Ini kerana, kesemua projek telah diberi perakuan Extension of Time (EOT) di mana pemberian EOT ini adalah sesuatu yang dibenarkan di bawah peraturan semasa (1Pekeliling Perbendaharaan – PK4/2013 Pentadbiran Kontrak Dalam Perolehan Kerajaan).

     

    Oleh yang demikian, faktor harga terendah tidak menjadi punca EOT ini. Sebaliknya, ianya dipengaruhi faktor seperti berikut:-

     

    1. Keburukan cuaca luar biasa;

     

    1. Penangguhan kerja sebagaimana Fasal 50 Syarat-syarat kontrak PWD 203 A (Rev. 2007);

     

    • Arahan yang diberi oleh Pegawai Penguasa berbangkit dari pertikaian dengan tua-tuan punya berjiran dengan syarat ianya tidak disebabkan oleh apa-apa perubahan kecuaian atau kemungkiran di pihak kontraktor atau mana-mana Subkontraktor yang Dinamakan atau selainnya;

     

    1. Arahan-arahan Pegawai Penguasa yang dikeluarkan, selagi mana arahan tersebut bukan berpunca daripada kelalaian dan kecuaian, kemungkiran atau pecah Kontrak oleh Kontraktor Utama, Subkontraktor Dinamakan dan Pembekal Dinamakan;

     

    1. Kontraktor telah tidak menerima dalam masa yang wajar daripada Pegawai Penguasa;

     

     

    vi. Kelambatan    memberi    milik    Tapak    Bina    dan bukannya disebabkan
    kelewatan/kegagalan     kontraktor      menyediakan Insurans dan      Bon
    Pelaksanaan;    

     

    • Kelambatan di pihak artisan, tukang-tukang atau orang-orang lain yang ditugaskan oleh Kerajaan bagi melaksanakan kerja yang tidak menjadi sebahagian dari kontrak;

     

    • Kontraktor tidak berupaya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal dan diramalkan olehnya dengan munasabahnya pada tarikh penutupan tender untuk mendapatkan apa-apa barang atau bahan yang diperlukan untuk menjalankan Kerja dengan sewajarnya; dan

     

    1. Kelambatan di pihak Subkontraktor Dinamakan dan/atau Pembekal Dinamakan melaksanakan kerja mereka dan kelambatan yang menjejaskan kerja mereka itu adalah disebabkan oleh sebab-sebab yang sama sebagaimana dinyatakan dalam perkara (i) hingga (ix) di atas tetapi kelambatan tidak disebabkan oleh Subkontraktor Dinamakan dan/atau Pembekal Dinamakan

Lampiran

Tiada Lampiran.