Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

160) POLISI UNTUK GOLONGAN USIA EMAS

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Pelan Tindakan Kerajaan Negeri untuk golongan usia emas yang semakin meningkat di Selangor bagi memastikan hidup yang mampan dan mesra usia emas?

    Berdasarkan Pelan Tindakan Warga Emas Negara, terdapat enam (6) strategi telah dirangka bagi memastikan hidup yang mampan dan mesra usia emas

    1. Strategi 1 (Promosi dan Advokasi):

    1. Kempen kesedaran secara berterusan melalui media cetak dan elektronik, forum, seminar dan ceramah. Contoh: Kursus/ Ceramah mengenai penuaan / penjagaan kesihatan dan Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri

     

    1. Membangunkan modul dan menjalankan latihan kemahiran advokasi dalam kalangan individu, komuniti dan penyedia perkhidmatan. Contoh: Kursus Persediaan Pra

     

    1. Menubuhkan sebuah entiti yang berperanan bagi membangunkan warga emas. Contoh: Pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan generasi muda dan kesedaran mengenai kasih sayang dan kesejahteraan dalam kalangan warga

     

    2. Strategi 2 (Pembelajaran Sepanjang Hayat):

     

    1. Membangunkan pakej / modul pembelajaran dalam aspek seperti pembangunan / pengurusan diri, latihan semula untuk kerjaya kedua dan kesukarelawanan.

     

    1. Memperluaskan projek pembelajaran sepanjang hayat ke seluruh negara melalui kerjasama dengan pelbagai pihak seperti kolej komuniti, NGO dan swasta.

     

    1. Menaik taraf kemudahan infrastruktur berkaitan pembelajaran sepanjang hayat supaya lebih mesra warga

     

    3.Strategi 3 (Keselamatan dan Perlindungan):

    1. Menggalakkan amalan perancangan untuk hari tua seperti amalan menabung dalam kalangan generasi muda dan menggalakkan institusi kewangan mempelbagaikan perkhidmatan kewangan untuk simpanan hari tua.

     

    1. Memperkenalkan pendidikan kewangan kepada semua lapisan masyarakat.

     

    • Mengkaji semula skim persaraan supaya usia persaraan selaras dengan jangka hayat

     

    1. Mengkaji peranan koperasi sebagai salah satu sumber menjana kewangan di hari

     

    4. Strategi 4 (Tadbir Urus dan Perkongsian Tanggungjawab):

    1. Menjadikan isu warga emas sebagai agenda tetap dalam Jawatankuasa Pembangunan

     

    1. Mengkaji semula sistem penyampaian bantuan supaya telus dan berkesan.

     

    1. Meningkatkan penguatkuasaan standard perkhidmatan di pusat jagaan warga emas (harian dan berkediaman).

     

    1. Mewujudkan sistem perwakilan dalam bentuk jawatankuasa pembangunan warga emas di peringkat daerah, negeri dan

     

    5.Strategi 5 (Penglibatan dan Kesepaduan Antara Generasi):

    1. Menggalakkan aktiviti kesukarelaan dalam kalangan pelajar sekolah, kolej dan universiti di pusat jagaan warga emas sebagai aktiviti ko-kurikulum/ kemahiran insaniah

     

    1. Menggalakkan penglibatan NGO/ swasta menggunakan kemudahan sedia ada untuk aktiviti kekeluargaan dan gaya hidup sihat yang melibatkan warga emas

     

    1. Pembentukan dasar dan pelan tindakan untuk mengukuhkan hubungan antara generasi

     

    1. Mewujudkan biro warga emas dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR)

     

    6. Strategi 6 (Penyelidikan dan Pembangunan):

    1. Menyediakan peruntukan kewangan bagi penyelidikan berkaitan penuaan di pelbagai kementerian dan agensi

     

    1. Mewujudkan pangkalan data penyelidikan penuaan kebangsaan

     

    • Meningkatkan penyelidikan ke arah pembentukan standard perkhidmatan dan peraturan serta undang-undang untuk kesejahteraan warga emas

     

    1. Mewajibkan penilaian impak projek pembangunan ke atas warga

     

Lampiran

Tiada Lampiran.