Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

154) POLISI “VALUE FOR MONEY”

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah kejayaan polisi ini dalam mengurus kewangan negeri?

    Kejayaan polisi value for money ini diterapkan dalam dasar harga terendah setelah melepasi penilaian teknikal yang dipraktikkan di mana Kerajaan Negeri dapat menjimatkan wang melalui perbandingan harga anggaran dan sebenar, tanpa mengabaikan faktor kualiti perkhidmatan/bekalan dalam membuat sesuatu perolehan. Melalui dasar harga terendah juga, Jabatan dapat membuat penjimatan dan lebihan peruntukan boleh digunakan oleh Jabatan berkenaan bagi keperluan lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.