Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

278) PORTFOLIO ALAM SEKITAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan perancangan portfolio ini untuk menangani pelbagai masalah alam sekitar di tahun 2015?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar akan meneruskan perancangan dan dasar sedia ada dengan beberapa penambahbaikan bagi tahun 2015. Kerajaan Negeri juga merujuk kepada Dasar Alam Sekitar Negara sebagai panduan bagi memastikan keselarasan seterusnya memastikan kualiti Alam Sekitar di Negeri Selangor adalah yang terbaik. Bagi tahun 2015, Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar telah merangka dan akan melaksanakan aktiviti atau program seperti berikut:-

     

    i-          Seminar atau Bengkel Pemahaman & Kesedaran Alam Sekitar ii-  Kem Kesedaran Alam Sekitar

    • Program ‘Green Selangor’
    • Program atau Projek Alam Sekitar ( selaras dengan Pelan Tindakan Kejiranan Hijau)
    • Program Pemanasan Global (bagi mencegah pembakaran terbuka)

Lampiran

Tiada Lampiran.