Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

230) PORTFOLIO HAL EHWAL PENGGUNA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan program portfolio Hal Ehwal Pengguna di tahun 2015?

    Dasar Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna adalah untuk memastikan kepentingan dan kebajikan pengguna di Negeri Selangor di titik beratkan terutama berkaitan isu-isu semasa kepenggunaan seperti pelaksanaan GST yang akan bermula pada tahun hadapan. Selain itu juga, Jawatankuasa ini bertanggungjawab merancang dan menyelaraskan program-program kepenggunaan serta menyelia dan memantau dasar-dasar berkaitan

     

    Untuk tahun 2015, Jawatankuasa ini telah dan sedang merancang pelbagai program berbentuk pendidikan termasuk kempen kesedaran berkaitan hal berkaitan kepenggunaan kepada setiap golongan lapisan masyarakat iaitu dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat tertinggi.

     

    Program yang telah dijalankan pada tahun 2014 juga akan di teruskan ke tahun 2015 bagi memastikan ianya berkesinambungan seperti Program Kitar Semula Minyak Masak, Kempen Hari Tanpa Beg Plastik, Program Fahami GST, Kempen Jimat Air, Kesedaran Logo Halal dan Program Bazar Ramadhan Mampan.

     

    Pada tahun 2015 juga, Jawatankuasa ini juga dijangka akan memperhebatkaan lagi penganjuran program-program kesedaran berkaitan GST yang mana ianya akan dilaksanakan pada April 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.