Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

175) PORTFOLIO HAL EHWAL WANITA DAN KELUARGA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan peratusan perbelanjaan bajet 2017 dibawah portfolio tersebut.

    Keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memberi sokongan dan dokongan terhadap golongan wanita sentiasa positif dan berterusan melalui pemberian peruntukan setiap tahun untuk dimanfaatkan bagi tujuan pemberdayaan dan pembangunan wanita di selangor.

    Bagi tahun 2017 yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM3,000,000.00 kepada portfolio Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui vot pembangunan P01-06001 Program Pemberdayaan Wanita dan Keluarga.

    Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2,501,421.00 bersamaan 83% telah dibelanjakan bagi tujuan program-program pemberdayaan dan pembangunan golongan wanita di Selangor.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.