Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

329) PORTFOLIO INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan perancangan portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam tahun 2015?

    Penyelarasan dan pemantauan setiap pencapaian projek pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan di Negeri Selangor merupakan asas portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Ia merangkumi pelaksanaan dan perbelanjaan peruntukan secara berhemah dalam membangunkan infrastruktur dan kemudahan awam. Sehubungan itu, pada tahun 2015, portfolio infrastruktur dan kemudahan awam akan memastikan penyelarasan agensi dan jabatan yang terlibat dapat dilaksanakan dengan menyeluruh dan penyampaian yang berkesan kepada masyarakat. Dasar dan perancangan juga akan menitikberatkan perkara berikut:

    1. Projek pembangunan dan jaringan pengangkutan awam yang dilaksanakan dapat memenuhi keperluan dan kemudahan

     

    1. Memantau pelaksanaan projek tebatan banjir dalam usaha mengurangkan masalah banjir yang

     

    • Memastikan capaian jaringan telekomunikasi di negeri Selangor lebih baik dan meluas.

     

    1. Mengurangkan isu dan masalah berkaitan sampah dengan memastikan sistem pengurusan sisa pepejal dapat dilaksanakan dengan baik dan terkawal.

     

    1. Mengelakkan masalah gangguan talian elektrik di Negeri Selangor dengan memastikan projek menaiktaraf dan pengukuhan grid talian penghantaran elektrik dapat

     

    1. Membantu menyelaras isu dan masalah berkaitan pelaksanaan projek- projek lebuhraya di Negeri

     

    • Meningkatkan taraf sistem pengangkutan awam di Negeri Selangor dengan pelaksanaan program bas percuma di kawasan bandar secara berperingkat melalui Pihak Berkuasa Tempatan, menyediakan kemudahan berbasikal seperti laluan khas trek basikal serta memantau pelaksanaan projek perintis Commuter Bus Improvement Project (CBIP) yang akan dilaksanakan di daerah Kuala

     

    • Mengawal masalah pencemaran air sungai dan pantai berlaku disebabkan oleh pengurusan loji sisa kumbahan yang tidak cekap dengan merancang pelan sistem pembentungan yang lebih baik seperti pembinaan loji-loji serantau yang moden dan berkapasiti besar serta rangkaian paip pembentungan di kawasan perkhidmatan yang lebih

Lampiran

Tiada Lampiran.