Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

323) PORTFOLIO KEMISKINAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian EXCO portfolio Kemiskinan di tahun 2014?

    Program-program utama pada tahun 2014 yang telah dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan merangkumi Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Tajaan Kemahiran Teknikal dan Program Pemberian Baucer sempena Perayaan. Melalui program-program pembasmian kemiskinan yang telah dijalankan, jumlah penerima program bantuan Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan bagi tahun 2014 adalah seramai 444 orang dengan perbelanjaan sebanyak RM1,523,990.00. Manakala jumlah penerima bantuan Program Tajaan Kemahiran Teknikal bagi tahun 2014 adalah seramai 414 orang dengan perbelanjaan sebanyak RM1,851,009.00 dan jumlah penerima bantuan Program Pemberian Baucer sempena Perayaan adalah seramai 36,871 orang dengan perbelanjaan sebanyak RM6,245,161.00. Berdasarkan kepada pencapaian tersebut, Jawatankuasa Tetap Kemiskinan amat berkeyakinan bahawa perancangan dan penambahbaikan yang dibuat berupaya mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Selangor dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat negeri

     

Lampiran

Tiada Lampiran.