Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

310) PORTFOLIO KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan perancangan kerja EXCO portfolio Kerajaan Prihatin tahun 2015?

     

    Portfolio Kerajaan Prihatin merupakan antara portfolio yang membantu rakyat miskin di Negeri Selangor untuk mendapatkan bantuan bina baru rumah dan juga baikpulih Justeru, perancangan kerja di bawah portfolio Kerajaan Prihatin bagi tahun 2015 akan sebahagian besar dikekalkan seperi tahun ini.

     

    Namun begitu, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin ini senantiasa terbuka kepada cadangan dan pandangan yang diberikan rakyat Selangor secara khususnya demi memastikan kebajikan dan hak rakyat terjamin serta terbela. Perancangan seperti pemberian bina baru rumah, baikpulih rumah dan program – program Kerajaan Prihatin memainkan peranan yang amat penting dan memberi impak yang mendalam kepada rakyat di Negeri Selangor.

     

    Justeru, satu retreat Jawatankuasa telah dijadualkan untuk diadakan pada bulan Disember 2014 yang melibatkan pelbagai pihak yang berkemahiran di dalam bidang masing – masing bagi memberi input dan cadangan yang dapat memastikan program – program yang dijalankan oleh jawatankuasa ini memberi impak yang mendalam kepada masyarakat. Di samping itu, retreat ini dijadikan sebagai platform untuk jawatankuasa ini menambahbaik dasar sedia ada dan merangka satu dasar baru yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat khususnya rakyat di Negeri Selangor tahun 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.