Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

314) PORTFOLIO KESIHATAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi pencapaian EXCO Kesihatan tahun 2014?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan telah membelanjakan hampir 90% daripada jumlah peruntukan yang diperuntukkan iaitu RM800,000.00 bagi tahun 2014 dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program pembangunan kesihatan di Negeri Jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM722,483.85.

     

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 69% daripada peruntukan ini disalurkan kepada Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor manakala selebihnya digunakan bagi tujuan kempen dan mempromosi gaya hidup sihat di Negeri Selangor.

    Antara aktiviti yang telah di jalankan oleh Jawatankuasa Tetap Kesihatan adalah seperti berikut:-

    1. Majlis pelancaran Program Sihat Selangor (PSS) di Stadium Kajang pada 15 Februari 2014

     

    1. Program Sihat Selangor anjuran MDSB telah diadakan pada 29 Mac 2014 bertempat Dataran Tonggak 10 Sg. Besar

     

    • Program Sihat Selangor anjuran MPS telah diadakan pada 19 April 2014 bertempat di Taman Tasik Bandar Country Homes

     

    1. Program Sihat Selangor anjuran MPK telah diadakan pada 17 Mei 2014 bertempat di Taman Rakyat, Klang

     

    1. Program Sihat Selangor anjuran MPSJ telah diadakan pada 24 Mei 2014 di Worldwide Land Fill Sanitary, Air Hitam

     

    1. Lawatan ke Hospital Ampang pada 29 Januari 2014

     

    • Lawatan ke Hospital Tanjung Karang pada 16 Mei 2014

     

    • Lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada 22 Julai 2014

     

    1. Lawatan ke Hospital Sg. Buloh pada 25 Oktober 2014

     

    1. Program Jom Gempur Aedes pada 9 Mac bertempat di Padang Desa Sri Jenaris, Kajang

     

    1. Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi pada 3 November 2014

     

    • Program Gotong Royong Mega: Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor 2014 secara serentak di Negeri Selangor

     

    • Mesyuarat membincangkan isu demam denggi secara mingguan

     

    • Lawatan kerja Jawatankuasa Tetap Kesihatan di: –

     

    • Klinik kesihatan Taman Medan
    • Klinik Desa Padang Jawa
    • Klinik kesihatan Kapar
    • Klinik kesihatan Batu 9, Cheras
    • Klinik Desa Sg. Lui

     

    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan (YB Exco) juga telah melaksanakan penjenamaan semula Skim Bantuan Kesihatan dengan memperkenalkan Program Bantuan Sihat Selangor dengan penambah baik amaun bantuan yang di salurkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.